PENTINGNYA PRINSIP HALAL-HARAM
Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beriman.” (al-Baqarah: 172)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda di dalam suatu hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari yang bermaksud:
“Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang ´shubhaat´ (ragu-ragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara ´shubhaat´, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya.”
Di dalam hadis yang sama yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w, bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia, ada seketul daging yang mana jika ia baik, seluruh badan akan menjadi baik, dan sekiranya ia rosak, seluruh badan manusia akan rosak. Sesungguhnya ia adalah hati.”
Menurut pandangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, pemakanan yang haram boleh menjejaskan kesucian jiwa dan roh seseorang. Sebagai contoh, dalam suatu kajian yang dilakukan kepada golongan yang memakan daging babi, didapati mereka menghadapi masalah kesihatan moral seperti kurangnya sifat prihatin dan memiliki sifat yang dapat dihubungkaitkan dengan sifat haiwan itu sendiri.
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang menyatakan bahawa salah satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram. Jadi, bagaimanakah Allah s.w.t ingin menjawab (memakbulkan) doa orang-orang tersebut? Maka, di sini adalah satu contoh lain menunjukkan bagaimana pemakanan seseorang memberi kesan kepada hbungannya dengan Penciptanya, Allah, sehingga menyebabkan doa seseorang tidak termakbul.
Sesungguhnya, ini adalah suatu renungan yang menunjukkan kesempurnaan Islam dan sesungguhnya Allah jualah Maha Mengetahui.
HERBA PENAWAR AL WAHIDA
HUBUNGI ADMIN:
JUTAWAN HERBA HPA
017 921 5483, 013 397 5438(SMS SHJ)
Produk Halal Tanggungjawab Bersama
No comments:
Post a Comment